FAQ
POLISI PENGEMBALIAN PRODUK
PESANAN BOLEH DIKEMBALIKAN ATAS SEBAB – SEBAB BERIKUT :
- Produk yang diterima rosak atau pecah semasa proses penghantaran oleh kurier
- Produk yang diterima bukan seperti dalam pesanan yang dibuat
- Produk yang diterima rosak disebabkan oleh faktor produk itu sendiri (sensitif)
- Contoh : gincu bibir adalah item yang mudah patah jika diposkan menggunakan pos
SYARAT – SYARAT UNTUK PENGEMBALIAN PRODUK :
- Perlu dikembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penghantaran
- Produk perlu dibungkus semula dalam keadaan elok dan segala produk yang sudah 'diseal' tetapi rosak pada pembungkusan mestilah tidak boleh dibuka untuk tuntutan
- Pengembalian perlu disertakan bersama dengan pesanan produk, nota penghantaran dan salinan resit pembayaran.
- Produk yang dikembalikan perlu kelihatan seperti baru dan dipulangkan dalam keadaan pembungkusan atau kotak yang masih elok.
Jika semua syarat dan terma dipatuhi untuk tujuan pengembalian produk, isikan borang dan hantarkan bersama dengan produk melalui perkhidmatan PosLaju ke :
SENDAYU TINGGI BEAUTY & HEALTH (M) SDN BHD
NO 95 & 97 JALAN NAUTIKA A U/2A
TSB COMMERCIAL CENTER
SG BULOH 47000 SELANGOR
TSB COMMERCIAL CENTER
SG BULOH 47000 SELANGOR
TEL : 03-2693 5133
- Sila simpan slip pengeposan (tracking number) yang diberikan oleh Poslaju untuk memudahkan proses menyemak sendiri status pengeposan .
- Pihak Sendayu Tinggi akan memaklumkan kepada pelanggan setelah barang yang dikembalikan selamat diterima oleh pihak kami.
- Proses penyiasatan akan dilakukan dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan produk balik.
- Jika pemohonan pengembalian tidak sah, pihak ST akan menghantar semula barangan kepada pelanggan.
PENDAFTARAN AKAUN DAN CARA MENDAPATKAN SEMULA KATA LALUAN
S : Bagaimana untuk mendaftar sebagai penbeli di laman sesawang ST?
J : Mudah sahaja !Hanya perlu klik butang pendaftaran pada laman sesawang. Isi maklumat peribadi dan pastikan segala maklumat adalah tepat dan benar.
S : Bagaimana jika terlupa kata laluan pengguna?
J : Jangan risau ! Sila klik pada butang Forgot Your Password pada laman 'Sign In' . Ikuti arahan untuk mendapatkan semula kata laluan. Masukkan alamat emel dan kata laluan sementara akan dihantar pada emel anda. Selepas itu anda boleh akses masuk ke akaun anda. Kami menggalakkan anda menukar kata laluan serta merta.
S : Bagaimana untuk menukar maklumat peribadi atau maklumat penghantaran?
J : Sangat mudah ! Anda boleh menukar maklumat yang dikehendaki pada laman ' My Dashboard '.
PEMBELIAN ATAS TALIAN
S : Bagaimana cara untuk membuat pembelian ?
J : Anda boleh membuat pembelian atas talian sama ada SELEPAS atau SEBELUM mendaftar di laman sesawang ST.
Ikuti langkah pembelian di bawah :
- Pilih produk dan klik butang 'Buy Now' pada bakul belian anda.
- Pilih kuantiti produk dan kemudian klik butang 'Add to Cart' untuk produk yang dibeli
- Lihat 'Cart' untuk melihat butiran tempahan
- Klik 'Continue Shopping' atau 'Checkout' untuk proses seterusnya
- Untuk memudahkan proses pembelian,sila klik 'Log in' akaun anda
- Isi maklumat dan sahkan butiran pembelian serta alamat
- Setelah selesai,pilih cara pembayaran
- Setelah selesai membuat pembayaran, klik 'Confirm Order'.
S : Bagaimana cara untuk membatalkan tempahan ?
J : Pembatalan pembelian tidak boleh dilakukan setelah tempahan diterima beserta dengan bukti pembayaran. Kami menggalakkan anda menyemak butiran tempahan sebelum melakukan proses pembayaran.
S : Adakah penukaran produk dibenarkan jika tersalah memilih produk?
J : Tiada masalah.Anda boleh melakukan penukaran produk semasa dalam proses pembelian.Tetapi, penukaran tidak dibenarkan selepas pembelian disahkan dan pembayaran telah dibuat. Anda dinasihati untuk berhati – hati dan menyemak produk yang diingini sebelum melakukan sebarang pembayaran.
S : Bagaimana jika produk kehabisan stok (Out of Stock ) ?
J : Jangan risau! . Jika produk kami sudah kehabisan stok, klik 'E-mail Me When In Stock ' pada laman produk dan masukkan emel address anda. Pihak ST akan memaklumkan jika produk sudah tersedia. Anda juga boleh klik ' Store Locator' dan mencari lokasi outlet ST yang terdekat dan bertanya tentang stok. Kakitangan outlet kami sedia membantu anda.
S : Bagaimana cara untuk melihat dan mendapatkan nombor tracking pengeposan ?
J : Anda boleh mendapatkan nombor tracking pengeposan pada tab 'SHIPMENT' di ruang 'Dashboard' anda. Pihak ST juga akan memberi nombor tracking kepada anda melalui alamat emel yang didaftarkan setelah pengeposan berjaya dibuat.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2693 5133 hari Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum) dari pukul 9.00 pagi 0 5.00 petang untuk sebarang pertanyaan.
S : Apakah yang dimaksudkan dengan status PENDING, CANCELLED, PAID & DISPATCHED, REFUND ?
J : Berikut adalah penjelasan status pembelian :
PENDING – Menunggu pembayaran
CANCELLED – Pembatalan pembelian dari pihak ST/ Pelanggan / Kegagalan membuat pembayaran
PAID – Pembayaran telah diterima dan tempahan akan diproses.
DISPATCHED – Tempahan sudah disiapkan dan nombor tracking sudah tersedia untuk pengeposan.
REFUND - Tempahan telah diputuskan untuk diberikan pemulangan samaada diberikan Ringgit Malaysia atau baucer.
REFUND - Tempahan telah diputuskan untuk diberikan pemulangan samaada diberikan Ringgit Malaysia atau baucer.
PEMBAYARAN ATAS TALIAN
S : Apakah cara pembayaran atas talian yang gunakan ?
J : Kami menerima pmbayaran melalui MasterCard, Visa Card atau Debit Card yang dikeluarkan oleh bank tempatan Malaysia sahaja.
Kami juga menerima pembayaran secara atas talian melalui Maybank2U, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, AmOnline and MEPS/FPX (Semua bank tempatan termasuk RHB and Bank Islam).
Kami juga menerima bayaran melalui MOLPAY.
S : Bagaimana cara untuk membuat pembayaran ?
J : Mudah sahaja !Ikuti langkah di bawah :
1) Pastikan semua produk yang dikehendaki adalah betul
2) Sahkan maklumat penghantaran seperti alamat , no telefon dan nama
3) Pilih cara pembayaran dan klik 'Submit'.Anda akan disambungkan ke laman portal MOLPAY. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.
S : Bagaimana ingin mengatahui bahawa pembayaran telah berjaya ?
J : Anda akan menerima maklumat pada prompt skrin mengatakan bahawa pembayaran telah berjaya .Dalam masa yang sama, anda juga akan menerima invois dari Sendayu Tinggi dan notifikasi emel pembayaran dari MOLPAY .Sila buat semakan status pembelian pada ruangan 'Dashboard' .
S : Kenapa pembayaran saya dibatalkan/dibatalkan?
J : Ada beberapa sebab bayaran ditolak.Sila lihat penerangan di bawah.
KAD KREDIT
Semak dengan bank anda adakah baki mencukupi untuk membuat pembayaran
Jika menggunakan kad MasterCard atau Visa credit atau Debit Card untuk membuat bayaran, pastikan kad anda telah diaktifkan dan fungsi security 3D dimasukkan dengan betul
Nota : Hanya kad kredit yang dikeluarkan oleh bank tempatan Malaysia sahaja diterima
PERBANKAN ATAS TALIAN
Pastikan anda telah mendaftar dan membuka akaun penggunaan perbankan atas talian dengan bank pilihan anda